Email bukan saja penting untuk berkomunikasi, malahan menyimpan pelbagai data penting dan ada kalanya sulit. Namun begitu, ramai yang mengambil mudah terhadap email masing-masing. Antara masalah yang sering timbul termasuklah hilang kata kunci, dan ISP baru kehilangan 1 akaun email penting akibat kecuaian sendiri.
Jadi, untuk mengelakkan penyesalan kemudian hari, marilah lihat beberapa langkah yang boleh diambil bagi mengoptimakan email masing-masing :
1) Bersedia dengan email pendua bagi urusan recovery andai kata hilang kata laluan.
2) Jawab soalan-soalan keselamatan (security questions) dengan cermat.
3) Elakkan daripada membuka dan menjawab email daripada orang yang tidak dikenali.
4) Elakkan menggunakan komputer orang lain untuk membuka email.
5) Jangan sesekali terpedaya dengan laman phishing (palsu).
6) Jangan dedahkan kata laluan kepada orang lain.
